Perpindahan tempat kerja dari KL ke Kuching pada tahu 2011 memang telah merapatkan aku dengan ibu yg sebelum ini kami cuma berhubung melalui Handphone selama 15 tahun duduk di seberang sana. Sempat aku hidup bersamanya selama 4 tahun bersama keluarga ku. Pada tahun 2015 juga merapatkan kami berdua apabila saya mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan online pada bulan April. Aku telah dapat menemani ibu ke klinik untuk rawatan kecing manis serta darah tinggi yang dihadapi oleh ibu. Aku juga akan membawa Anakku Rania Insyirah bersama ketika itu. Dapat juga menghiburkan hati ibu. Pada masa itu ibu belum telalu sakit, masih dapat bejalan tanpa mahu di bantu. Pernah ketika turun dari flight di airport Kuching, dia enggan menggunakan kerusi roda walaupun telah di minta oleh saya. Dia lebih sanggup berjalan dlm terminal kuching yg sejauh kira kira 1km itu. Agak marah juga saya masa itu. Saya kesian melihat nya bejalan terincut incut. Ibu tetap bedegil kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Pada masa hidup nya juga, dia selalu menolong ramai orang, sehingga dia meninggal masih dapat lagi membantu orang. Ketika itu adalah seorang bayi kecil yang berumur lebih 3-6 bulan yang telah meninggal. Ayahnya seorang mualaf, keluarga nya tidak tahu begaimana nak menguruskan jezayah bayi dia. Namun semua nya kehendak Allah apabila saya yang menguruskan jenazah ibu untuk dibawa ke masjid untuk dimandikan. Dengan ambulan yang telah disewa jenazah bayi telah dibawa bersama. Dimandikan bersama dengan jenazah ibu. Segala urusan menguruskan bayi itu telah disempurnakan namun agak terkilan kerana jenazah bayi itu tak dibernakan disemadikan bersama kerana mesti di tanam di liang lahad yang berbeza. Kalau tidak alangkah indahnya kerana ibu akan ditemani oleh penghuni tetap syurga.
Sekarang sudah sebulan ibu meninggalkan kami semua. Aku masih lagi bermimpikan ibu. Aku telalu menrindui nya seperti seorang anak kecil. Kuburnya selalu ku lawati, hampir setiap minggu dan aku akan mula menbaca surah yassin. Agar roh ibu akan dikumpulkan bersama orang yang bertaqwa dan beriman. Amin.