Under 18 requires accompanying adult. Blog may contain strong violence, gore, horror/terror, sex scenes, nudity, sexual dialogues/references, religious, social or political aspects people may find objectionable...hell no...Anyone welcome!
Tuesday, September 15, 2009
Bodyboarding
Bodyboarding
Bodyboarding atau boogieboarding juga adalah sejenis sukan luncur air. Cara permainan sama Cuma mengunakan size board yang bentuk hampir segitiga dan lebih kecil dari surf board yang biasa. Cara menluncur juga berbeza, kalo dengan 6 ft surf Board yang diperbuat dari fibre. Para peluncur tidak perlu utk cuba bediri diatas papan luncur tersebut, Cuma meniarap diatas board yang diperbuat daripada permukaan sponge dan di permukaan bawah menggunakan pelastik ataupun fibre. Tapi kita juga boleh bediri diatas bodyboard dgn cara melutut satu kaki. Kalo dalam ertikata Bodybaording, Dropknee.
Kebanyakan size bodyboard juga bergantung pada berat dan tinggi seseorang penluncur. Bentuk bodyboard juga bulat di muncung dan juga mempunyai saluran dibawah bagi menambah cengkaman, kelajuan dan juga stability untuk mengawal pegerakan agar tidak tergelincir. Tetapi seseorang bodyboarder juga perlu memakai aksesori tambahan seperti Flipper. Disebabkan board yang bersaiz kecil, agak sukar untuk mengayuh dengan hanya menggunakan tangan agar dapat selari dengan ombak yang akan pecah dan seterus nya meluncur.
Cara untuk membelok ialah kita hanya menarik bodyboard itu keatas semada mahu ke kiri atau ke kanan. Setelah dapat menguasai cara pembelokan. Kita sudah boleh untuk membuat pegerakan yang lebih rumit iaitu ElRollo, ARS, Spin Forward and reverse, Backflip, air ariael 360 or 720 dan banyak lagi pergerakan rumit boleh dibuat.
Banyak bodyboarder telah mencipta nama di peringkat dunia seperti Mike stewart, Mitch Rawlins, Ryan hardy, Ben player, Jeff Hubb dan ramai lagi. Sekarang peminat bodyboard telah bertambah ramai kalau disbanding 10 tahun yang lepas. Telah banyak jenama berasaskan bodyboared ini dikeluarkan. Antaranya Custum X, Nomad, Ocean & earth, Madrid, Morey, Toys, 4 Play, dan byk lagi.
Bodyboard juga menpunyai peminatnya tersendiri. Telah banyak website berkenaan bodyboard telah ditubuh bagi memajukan kan lagi sukan luncur Bodyboarding ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment