salam sekalian pembaca yang setia dari serata tempat didunia ini. kalau tak pandai baca bahasa malaysia cuba translate guna google or bing transalator.
Booth sale di Kuching Esplanade sempena Sarawak Regatta baru-baru ini. |
aku telibat dalam bisness online dan booth sale ni secara tak segaja. bagaimana tu?..ok..bini aku mengadung, aku ngan bini aku nak shoping beli barangan bayi. agak payah gak nak cari barangan bayi kesukaan kita ya. dah la mahal plak tu..lebih2 lagi kat bandar Kuching ni..aduihh...nak beli yang mahal pun bukan nya pakai lama pun, ntah -ntah utk dua tiga kali jer pas tu simpan balit untuk adik nya klak. cari-cari punya cari dapat la idea kita org ni, so kita org start dulu kecil-kecilan, guna Facebook. create satu page Little Suffee's Closet.
pengalaman aku yang baru mula menceburi perniagaan secara on line dan Booth sales memang la mencabar. mana tak nya, kenak jawab yang tu yang ni, betul ke tidak bisness ni..barang ada kualiti dak..mcm2 member tanya..masa tu jugak aku cuma add member yang aku kenal jer..tau la kan..kkadang kawan kita ni..lagi banyak komplen dari menolong nya..hehe.. mula-mula memang goyang skit, sebab memang payah nak kluar kan modal untuk beli semua barang, nasib baik kakak ipar aku memang dah menceburi bidang ni lama, so dia tahu kat mana nak dapatkan barangan jualan.
sekarang dah 4 bulan syarikat aku beroperasi, Alhamdullilah, ada gak hasil nya..kekadang boleh mencecah hampir RM2k sehari..aku pun byk beterima kasih ngan bini aku, sebab banyak besusah payah walaupun dalam keadaan dia yang bebadan dua..hehe..tenaga aku la yang byk keluar kan..kalau kita berniaga di luar atau booth sale.. aku sorg yang pasang kenopi tu..angkat kotak dan sebagai nya..pasal set up pulak or hias menghias ni ..aku serahkan pada dia..sentuhan aku kurang menjadi..
kalau korang nak tengok apa yang aku jual lawati la facebook kami di Little Suffe's Closet.
barangan dan harga di jamin berpatutan dan berkualiti.Mahalo
4 tahun suda bah .. dah ada butik pun.. Alhamdullillah..
ReplyDelete