Wednesday, March 13, 2013

Buaya di Sarawak

Konflik antara manusia-buaya telah lama berlaku


Konflik antara Manusia dan Buaya di negeri ini telah berlanjutan terlalu lama, namun manusia kalah dalam pertempuran ini. Untuk mengikut arus dalam penbangunan, seharusnya diskriminasi terhadap homo sapiens tidak boleh dipandang remeh dengan mengubah dasar pro-buaya. Ada orang percaya bahawa manusia dan buaya adalah bersaudara. Apakah jenis saudara yang dimaksudkan jika saudara sendiri pun kena baham.dan, jika mengikut teori Darwin evolusi spesies yang hampir dengan manusia ialah Monyet, buaya??..umm..memang takde langsung.

Mewujudkan kehidupan yang seimbang antara manusia dan buaya telah cuba dilakukan sejak sekian lama. Namun pekara itu telah terjejas oleh sekatan kerajaan melalui undang-undang 1998 (ordinan lama 1990 tidak begitu ketat) - dan dengan kerjasama dengan CITES (Convention on International Trade in Endangered Species of Flora and Fauna signed in Washington in 1973). Namun usaha ini juga telah tidak berjaya.


Buaya boleh dilihat hampir disetiap sungai di Sarawak.

Punca konflik antara adalah kerana Nelayan dan buaya sering bersaing untuk mendapatkan udang dan ikan disepanjang sungai dan di laut, nelayan menangkap hasil sungai samada untuk dijual atau untuk makan keluarga, buaya memerlukannya cuma untuk snek petang sahaja. boleh dikatakan konflik anatara manusia dan buaya ialah dengan kelahiran yang begitu banyak - manusia dan buaya –semakin banyaklah juga hasil , bekalan, makanan dan simpanan yang diperlukan. manusia telah diberitahu dan diberi khidmat nasihat dari kementerian perancangan Keluarga tentang rancangan keluarga untuk menambah ahli keluarga, atas nasihat Dr Mahathir pasangan Malaysia hendaklah bekerja lebih keras untuk menghasilkan 70 juta rakyat Malaysia menjelang 2020, pada masa yang sama Crocodylus porosus atau Tomistoma schleglii (Jujulong) telah meningkat dalam jumlah yang agak tinggi. Dimana-mana kita akan menbaca penemuan lembaga panjang didalam sungai dan tasik. Sekarang dilonkang perumahan pun ada juga. Jika anda selalu melalui jln menuju ke Demak, munkin anda juga terserempak dengan lembaga panjang ini sambil mulut ternganga di tepi sungai lebih lagi kalau air surut..

kalau perjalanan ke Taman Negara Bako, mungkin anda akan terempak dengan nya juga
Pengurusan sumber
Di negara-negara lain, musim untuk pemusnahan ditetapkan, masa untuk gencatan senjata juga ditetapkan. Tetapi di sini, buaya lebih berkuasa untuk membunuh dan memburu manusia pada bila-bila masa manakala manusia dihalang untuk berbuat demikian Cuma dengan kebenaran khas dari Jabatan Hutan Sarawak sahaja dapat memburu buaya, hendak membalas dendam?? Memang tak boleh, kalau buat juga, silap hari bulan kita yang masuk lokap nanti. Seharusnya musim memburu buaya ni mesti dibuat dinegeri Sarawak untuk Mengurangkan dan mengimbangkan bilangan buaya dan akan ada cukup udang dan ikan untuk setiap pihak yang memerlukannya. Bak kata orang kampung, dimana banyak udang, disitu banyak buaya.

Bujang Senang sahaja dalam ‘Most Wanted List”
Dengan segala cara mengelasifikasikan semula spesies yang disenaraikan dalam Lampiran ke dalam spesies yang dilindungi sepenuhnya. Penghapusan Cuma dibuat keatas buaya yang ganas, dibiar sahaja yang lain untuk menimbangi flora dan fauna yang terdapat dinegeri Sarawak. demi untuk kebaikan semua pihak, kita mansuhkan sahaja Bahagian 11 (F) Ordinan Kehidupan Liar (merujuk kepada spesies tambahan bagi perlindungan penuh, mungkin dimasukkan di sana pada mendorong penandatangan CITES). Adakan musim untuk memburu buaya, terhad kan masa untuk memburu mereka supaya sungai tidak lagi tempat yang ditakuti di negeri ini. Pekara sebegini mungkin juga boleh menbawa kepada penyumbangan kepada ekonomi negara khususnya pemburu buaya yang diberi lesen dengan menjual kulit buaya yang telah berjaya diburu.

Dipetik dari: http://www.theborneopost.com/2011/10/02/strike-a-happy-medium/

No comments:

Post a Comment