Salam
Aloha
Orang Dewasa cume memerlukan 6 jam untuk tido, baby at least 12 jam untuk membantu proses pembesaran. aku pun bukan nya tido sangat sekarang ni. dah jadi routine setiap malam. setiap jam akan dibangun kan. nak tukar lampin. bagi dia minum susu. tapi part minum susu tu serah kan kat ummie, sebab dia breast feeding. pas tu nak bercerita sikit dengan dia, sekarang pun hampir setiap malam aku akan tidor kan Raneeya dengan crita aku sendiri, fairy tales, citer ntah pa ntah, citer politk pun aku masukan..hahaha...
Semalam aku citerkan kat Raneeya ngan citer yang lebih bermakna, sambil mendengar surah Yusof dibaca melalui audio aku plak terjemahkan dia dlm bahasa malaysia, Raneeya memang layan. setengah jam aku menterjemahkan nya, baru mata dia kuyu ala ala manja baby girl..tak leh nak lupa muka dia ..memang cute sangat.
kalau dia marah juga, aku akan pasangkan Surah Mariam. aku tau mariam adalah kesukaanya sebab masa dia dlm Rahim pun dia dah aku perdengarkan Mariam. aku juga tetarik dengan Kisah Nabi Sulaiman yang dikurniakan Allah dengan kebolehan yang amat luarbiasa,. beliau Boleh bercakap, mengarah dan mendengar apa yang Binatang, Jin termasuk Malaikat berkata-kata. yang ni aku akan cuba cari dalam surah an-Naml yang Bermaksud Semut.
Bangun subuh dan selepas tu cuci terus pakaian dia dan baju aku sekali. baju baby aku cuci ngan tangan pas tu baru masukan baju akau ngan Ummie dlm washing machine. sebelum turun kerja aku aka sediakan air panas untuk mandikan raneeya. memang seronok jugak tengok dia beremdam dlm air Suam. hehe..pas tu baru aku akan siapkan aku sendiri. nasib baik juga off aku open kul 1030am. dapat gak aku buat semua ni ya.
begitulah routine kehidupan aku sebagai seorang Daddy now. ;)
Wasalam
Mahalo
No comments:
Post a Comment