Tuesday, September 15, 2009

Bodyboarding




Bodyboarding

Bodyboarding atau boogieboarding juga adalah sejenis sukan luncur air. Cara permainan sama Cuma mengunakan size board yang bentuk hampir segitiga dan lebih kecil dari surf board yang biasa. Cara menluncur juga berbeza, kalo dengan 6 ft surf Board yang diperbuat dari fibre. Para peluncur tidak perlu utk cuba bediri diatas papan luncur tersebut, Cuma meniarap diatas board yang diperbuat daripada permukaan sponge dan di permukaan bawah menggunakan pelastik ataupun fibre. Tapi kita juga boleh bediri diatas bodyboard dgn cara melutut satu kaki. Kalo dalam ertikata Bodybaording, Dropknee.

Kebanyakan size bodyboard juga bergantung pada berat dan tinggi seseorang penluncur. Bentuk bodyboard juga bulat di muncung dan juga mempunyai saluran dibawah bagi menambah cengkaman, kelajuan dan juga stability untuk mengawal pegerakan agar tidak tergelincir. Tetapi seseorang bodyboarder juga perlu memakai aksesori tambahan seperti Flipper. Disebabkan board yang bersaiz kecil, agak sukar untuk mengayuh dengan hanya menggunakan tangan agar dapat selari dengan ombak yang akan pecah dan seterus nya meluncur.

Cara untuk membelok ialah kita hanya menarik bodyboard itu keatas semada mahu ke kiri atau ke kanan. Setelah dapat menguasai cara pembelokan. Kita sudah boleh untuk membuat pegerakan yang lebih rumit iaitu ElRollo, ARS, Spin Forward and reverse, Backflip, air ariael 360 or 720 dan banyak lagi pergerakan rumit boleh dibuat.
Banyak bodyboarder telah mencipta nama di peringkat dunia seperti Mike stewart, Mitch Rawlins, Ryan hardy, Ben player, Jeff Hubb dan ramai lagi. Sekarang peminat bodyboard telah bertambah ramai kalau disbanding 10 tahun yang lepas. Telah banyak jenama berasaskan bodyboared ini dikeluarkan. Antaranya Custum X, Nomad, Ocean & earth, Madrid, Morey, Toys, 4 Play, dan byk lagi.

Bodyboard juga menpunyai peminatnya tersendiri. Telah banyak website berkenaan bodyboard telah ditubuh bagi memajukan kan lagi sukan luncur Bodyboarding ini.

Wednesday, September 9, 2009

4 mualaf menunaikan solat jemaah

Setelah mengambil tempat masing iaitu jem, kam, dol dan din ingin mencuba solat jemaah petama mereka. Mereka telah diimankan oleh din. Keempat-empat mereka adalah saudara baru. Bediri paling kanan ialah Dol diikuti Kam bediri ditengah-tengah. Kemudian Jem bediri di sebelah kiri. Setelah membaca niat solat din mula membaca.

Puuttttttt…….Tiba-tiba dol terkentut. Dan bunyi kentut dol dapat didengar oleh kam;

Kam: dol, kenapa kamu kentut. Batal air sembahyang.

Teguran kam pula telah didengar oleh jem;

Jem: Kam, kenapa kamu bercakap dengan dol. Sepatutnya kamu tak boleh bercakap semasa sembahyang.

Jem turut menegur kam. Kemudian;

Din: (sambil menoleh ke belakang)..nasib baik saya kt depan kamu semua.

Tuesday, September 8, 2009

Surfing (meluncur Ombak) di Malaysia

salah seorang peluncur menunjukan Aksi menarik.
 lokasi gambar ni di Teluk Kalong atau Quarry, Terangganu.
Sukan luncur Ombak atau surfing tok sik jwak baru kt Malaysia tok, tapi mun dlm dunia surfing nang gik baru lah. Mula dipekenalkan pada tahun 1994. mun silap mek dimulakan oleh dak biak dari Cherating. Tapi sebenarnya biak ya tek berlajar di Australia. Aussie boleh dikira kan pioneer lah dalam sukan tok. Bali ya pun boleh dikatakan dimajukan oleh org australia. Dolok bali ya sekda pa pa wak bah.di sebabkan oleh sukan meluncur ombak atau pun surfing ya. Bali mula dikenali ramai, disebabkan oleh surfing ya tek. para peluncur, bait yang profersional atau pengemar surfing dari seluruh dunia telah mengenali Bali salah satu destinasi perlancongan terutama sukan Surfing. Disamping ya, Bali pun nang tempat menarik lah utk dilawati. So, surfing tok boleh lah dianggap antara cara terbaik untuk meperkenalkan tempat menarik terutamanya Pantai kepada orang ramai khusus nya peminat surfing tok. Surfing culture tok nang dah lmk kt dunia. Mula diperkenalkan oleh orang hawai pada tahun 1779. Tapi revolusi surf tok bemula pada tahun 50an. Bila the legend iaitu Greg Norman membuatkan sukan tok lebih popular dengan menlucur ombak yang dianggap org masa ya”misi bunuh diri”. Sapa mok main ombak kira-kira 15 – 25 kaki? So revolusi surfing pun bemula.

Bebalit ngan cita surf di Malaysia. Ombak di Malaysia tok sik wak konsisten terutamanya pada monsoon iaitu antara Oktober sampe Febuari. Ombak yg pernah dicatat paling tinggi pun dlm 7 – 10 kaki jak. kekadang ya pun mun angin laut sik ngaco, ombak ya jadi kelam kabut. Makna nya begelora lah atau chopy. Ombak jenis tok paling dibenci oleh sapa-sapa pun mengelar dikpun Surfer. Kmk pun dah surf tok baru 7 tahun. Semua bermula di ombak buatan manusia kt sunway surf pool. Tapi bagus wak sebab boleh berlajar selok belok tentang surfing tek. Pas ya baru mula surf di laut. Kmk pernah surf di pantai Matadeng, Mukah. pas ya Damai n santubong beach sorg jak. di halau oleh sekuriti guard kt sia. Sebab masa ya laut begelora. Tapi bagi kamek masa ya adalah “Lumayan” ombak ya eh. So kenak tahan lah. Sigek gik ya private beach. So terpaksa lah I turun kt Santubong beach ya (Santubong resort) ok lah, dpt score few sick waves.

Malaysia pun dah ada beberapa surfer yang telah ditaja oleh jenama pakaian surfing tok. Kebanyakan ditaja oleh Billabong international untuk mewakili Malaysia. 4 orang biak ya dari cherating, baruk jak menyertai pertandingan surfing peringkat dunia di Keramas Bali.(Billabong ASP Pro Junior Surf comp). dan ada 2 org Gromet(15 tahun ke bawah) and sorg gik free surf(sik mengikuti pertandingan tapi Cuma jadi ambassador jenama Billabong) di Malaysia pun dah 7 pertadingan surfing diadakan. Yang pertama tahun 2004 ditaja oleh Quiksilver Msia. Baru-baru tok tek diambil alih oleh Billabong bagi menjayakan ProAm surfing competition di Cherating 2008.

Sarawak tok pun mesti ada tempat potensi dan boleh untuk dijadikan surf spot. Contoh mungkin di Semantan, Miri atau Bintulu. diSabah pun surfing telah juga mula dikenali. Surfing tok sebenarnya bukan jak sukan extreme, tapi sebenarnya nya jwak dpt mnguji ketahan mental dan fizikal kita. Sik jwak I nak madah surfing tok senang untuk dipelajari. Tapi mun kitk benar-benar ingin menguasai skill mesti lah jgn berputus asa. Sigek gik, mok berani jwak. Tapi mun dah dapat menguasai skill ya. Tuhan jak yang tauk lah perasaan. Terutama bila kita dapat ride waves of the day. Contoh Barrel atau Pipeline ( meluncur didalam ombak begulong). Surfing jwak akan membuat ktk rasa rendah diri dengan kekuatan semulajadi. Jangan bercakap takbur jak lah mun dah dalam laut ya. So surfing tok bukan hanya sukan Extreme semata-mata. Kita akan berlajar cara untuk menempuh setiap cabaran atau masalah dalam hidup kita tok.

Banyak gik Pengalaman mok di share ngan ktk org. kamek kah lam bahsa swak tok sebab dah banyak aktikel dipolah lam Bahsa Ingeris, Sepanyol, Indonesia dan banyak gik lah. Maaf lah mun da di antara sesiapa baca atikel tok rasa sik puas ati,rasa Bahsa dicabuli atau pun sik Berapa paham. Kamek sedia menerima apa-apa kritkan dari anda semua. Setakat tok jak dapat dikongsi bersama anda semua.