Sunday, December 30, 2012

Raneeya 2 bulan

Aloha
Salam

Pejam celik pejam celik..Raneeya kini dah 2 bula lebih, cepatkan masa berlalu.



Umie dan Daddy berdoa agar Raneeya semoga akan terus dilindungi oleh Allah SWT menjadi solehah dan dimurahi Rezeki. Amin

Wasalam
Mahalo.

Monday, December 17, 2012

Dua minggu tanpa Raneeya disisi.

salam
aloha

Kini dah hampir dua minggu aku tidor tanpa Raneeya kt sisi. dia bersama umienya di homwtown. aku hantar dia dengan pernerbangan pertama raneeya miggu lepas. tak lama cuma mengambil masa 30 minit jer. dia lansung tak menangis, tido jer memanjang. aku pun tidor sekali.dalam flight. masa flight itu juga ada Makcik duduk sebelah yang layan dia.umm..tapi kalau Raneeya dah tidor..umm...tak yah la nak buat apa pun..dia takan bangun punya.
sekarang aku tengah rindu giler kat dia..ngan Umie nya pun camtu..aku belek-belek jer gambar mereka bedua dalam Balckberry aku ni. tak sabar pulak nak jumpa mereka berdua jung minggu ni . tinggal 5 hari lagi. memang tak complete tanpa mereka berdua. malam jumaat lepas, aku gi merayau dalam Plaza Merdeka sorang-sorang jer. memang la cantik ..tapi tu la kan..kalau kita berjiwa keluarga ni..tanpa mereka ada di sisi, memang tak menyeronokan. bukannya apa aku nak pergi situ jalan-jalan sambil cuci mata. tapi kena duk racun oleh kawan aku, dia cakap dalam macam Berjaya Time Square yang kat KL tu..huh???..biar betuii???lagi byk orang cakap macam KLCC..hehe..apa-apa pun aku simpan keseronokan aku untuk umie dan Raneeya nanti.
Plaza Merdeka
wasalam
mahalo

Thursday, December 6, 2012

Happy Beday Palastine

Salam
Aloha

November 2012 Palestine tidak lagi rakyat Palastin tetapi ianya ialah sebuah Negeri Palastin atau sebuah negeri pemerhati bukan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Palestin telah menerima sokongan daripada 138 negara-negara anggota ,Jerman, United Kingdom dan 39 negara-negara lain berkecuali, manakala hanya tujuh, termasuk Kepulauan Marshall, Palau dan Panama, menyertai Amerika Syarikat dan Israel menbankang dengan pernubuhan negeri Palestine.


Benji
penubuhan ini juga telah menyebakan PM Israel iatu Benjamin Netanyahu naik angin dia juga menganggap Presiden Palestine iatu Mahmoud Abbas sebagai seorang pendusta, seorang yang lidahnya bercabang..aik.marah sangat laa Benji ni..
kerana terlalu marah, Benji memberi kebenaran untuk membina 3000 rumah baru Yahudi di wilayah Palestin. Menteri Luarnya pulak, Avigdor Lieberman, sudah mengancam untuk menghancurkan kerajaan PA di Tebing Barat jika undi PBB mendahului. tapi tengok lah sekarang..dunia pun marah kat Awak..sekarang dunia dah sedar dan tidak gentar la..ngan U.S abang awak tu..U.S pun tetekan oleh perbuatan babarian awak tu..buat keputusan gune otak jgn otak simpan kat palak lutut laa...

jangan begitu Benji, cube buka dada tanya selera..hehe..kan dulu Abbas dan Perdana Menteri, Salam Fayyad, lebih terbuka kepada rundingan serius dengan Awak, mana-mana pemimpin Palestin yang lain sebelumnya pun, termasuk Pihak polis Palestin telah bekerjasama dengan Israel untuk membendung keganasan di Tebing Barat. Meningkatkan ekonomi, bukannya konfrontasi ganas, dengan menghantar tetera yang lengkap, membunuh orang awan termasuk kanak-kanak..salah kan diri sendiri dulu, sebab tu la Abbas repot kat PBB. Apa la lu..

Terima la dengan seada nya Negeri Palastine tu Benji..berdamai la..yang sudah tu sudah la..Awak dah tua tu..tak baik berperang..Dunia lebih bertamadun sekarang ni..hormat menghormati kan amalan yang mulia..lu hormat Abbas..Abbas hormat la lu balik..Sedangkan lidah lagi tergigit la Benji..hehe..ini pulak Pemimpin Negara

Wasalam
Mahalo

Wednesday, December 5, 2012

Raneeya Ride-Part 2

Salam
Aloha

 Pasal stroller Halford S8 PRAMETTE, buatan Itali..munkin sama kilang yang buat interior Ferarri kot..hahaha..mula-mula dapat benda ni, aku ambik masa 30min nak buka stroller ni. tension gak.tapi coba punya buka akhir nya. tekan jer guna jari kat Dua handle dia..ala..yang macam brek tu la..pas tu tolak ke depan.. tayar dia pulak senang jer nak attach kan kat batang kaki dia. masuk jer terus pas tu ada klip dia, tekan sampai bunyi "clak". ini masa nak buka, pas tu aku cuba la nak tutup balik..aduihh, satu lagi masalah..tak tahu juga..aku cari la manual dia..tak jumpa la plak..mana pegi nya manual dia ni.. berpeluh la juga aku nak tutup balik benda ni..umm..malas la pulak..aku biar jer la buka..nanti aku cuba search dalam intenet manual or guide dia tu.

Stroller dua dalam satu.
ni la spefikasi yang aku dapat kat internet. nak cari mcam mana cara tutup? tada jugak..

Infant Car Seat


EN1888 Certified
5 point harness/Talipinggang keselamatan
kedudukan yang boleh diubah kepada 4 posisi
Absober disemua bahagian roda
Swivelling atau dikunci roda depan
Brek kaki yang dikendalikan hanya menekan dengan kaki
ganjal kaki laras
Ketinggian yang boleh dilaras
tinkap Peek-a-boo
Bar depan laras dan boleh ditanggal
Kaki papan belakang untuk anak kedua
Payung boleh dilipat  padat
bakul besar nak simpan barang

apa yang aku suka ngan model ni..dia boleh diubah menjadi Optimus prime..hehe.kidding..boleh diubah bentuknya menjadi baby infant stroller..kita boleh baringkan baby kat dalam..kusyen dia pun boleh dibuka dengan menarik jer zip dia tu..pas tu tutup kan Safety harness dia tu..letak la comforter baby dlm tu..supaya dia lebih selesa dan tidor ngan nyeyak.

hampir giveup. Ummie suruh la aku g kedai kat Mama care yang kat tingkat 2 dalam One jaya Shoping complex..complex ni dekat ngan office aku..kat Tabuan Height comercial centre jalan Song.Tanya ngan sale girl. Tapi kat dalam shop dia pun tak da Model ni. dah abis kena sapu. so dia ajar jer guna imaginasi dia. balik rumah malam aku cuba...



Naaah..Dapat pun..tak la susah sangat..kena tarik "brek" yang kat handle dia tu, pas tu tekan bawah..bile kita tekan brek tu..cube peratikan penyakut yang kat bawah sekali batang tu..dia akan naik keatas..masa tu tolak jer handle tu ke bawah..than tarik kan penarik pemegang yang kat belakang tu..masa ni tarik kuat sikit supaya clip yang kita nampak kat handle tu masuk ke penyangkutnya ..senang jer sebenarnya kan..hehe..

Note:
aku tadok gambar detail nak tunjuk. korang pikiq lah sendiri.

Wasalam
Mahalo