Monday, September 24, 2012

KATIL BAYI

Aloha
salam semua pembaca aku yang setia dari alam maya ini yang penuh cabaran, adventure, suka dan duka masam dan manis. bertemu sekali lagi kita didalam blog gila Urat neyy..yeayyyy..(clap..clap)..
kelahiran anak sulung memang mendebarkan. maklumlah tak pernah mengalami nya sebelum ni..dan saat penyediaan pun memang agak stress..kita kena sedia kan semua keperluan baby sebelum kehadiran nya kelak kan..bertengkar manja dgn wife adalah pekara biasa dlm hal penyediaan ..hehehe..ni aku nak share sikit pasal baby cot.
Crown Tower, Kuching. kat dalam ni ada gudang barangan baby.

Baby cot atau katil Bayi yang aku beli ni memang cantik,  murah dan berpatutan. Banyak tempat aku survey dari area Demak sampe ke Crown Tower . last aku jumpa yang paling menarik dan murah. Di Matang jaya. Harga yang dibuka RM199 dan aku pun beli dengan harga yang sama. Tader discount nya, pernah ada org Tanya kat tauke kedei “ ada sale ka tauke..tahu pa tauke jawab..”kita olang hali-hali sale maaa..” aiyoo..mula2 teragak agak nak beli..kualiti maybe  tak best sgt.. aku pun try la cuba tengok..ok set..wife aku pun suka, harga ok..kualiti tough..kayu Sarawak bah..mesti la tough nak..hehe..aku pasang sendiri single handed babe..hehe..teror kan..bukan susah pon..30min jer siap..
Harga RM199 ni aku rasa paling murah dari kilang..mana tak nye..aku g cari lam mudah, sbenarnya  nak cari Mosquito Net..kenbanyakan yg aku jumpe lam RM200 ke atas..design lebih kurang jerr..ambik jer yg simpale pas tu kita boleh gune imaginasi sendiri camner nak dekorat katil tu nanti...hehe.

nanti nak tambah baby bumper dan storage kt hujung katil.


sekadar nak jadi kreatif, aku tambah Garfierld, Kucing malas..hehe..

baby cot yang ni  ker?

atau yang ni...

Mahalo

Friday, September 21, 2012

Nasi Briyani

aloha


Briyani Kambing - Gambar Hiasan
Salam semua  pembaca dari segenap pelusuk dunia. sapa suka makan nasi bryani, tak kesah, kambing ka Ayam ka Daging ka. saje nak tanya sebab aku nyer faveret Nasi Briyani Kambing. masa aku duduk kat semenanjung dulu setiap Jumaat jer aku makan nasi byani ni, kat mana-mana pun ada nyer, tak yah risau. ok...yang aku paling ingat kat Taman perdana Kuala Lumpur..kat ngan Masjid bukit Aman tu lerrr..err..atau dalam kawasan ibupejabat Polis Bukit Aman kalo tak tau lagi..tapi kedai nya diluar pekarangan parking kereta kat situ.  pas tu boleh terus solat la kat masjid Bukit Aman. orang yang jual tu pun ambik bekalan dari Nasi Briyani kampung baru, kira macam Feranchise gak la. dia jual gune lori kecik. tek kesah ar, sebab briyani dia memang melatopsss.tengah buat blog ini pun aku hampir meleleh air liur..aduuiih..tggu aku datang KL nanti aku mesti cari kedai tu kat tempat sama dan sewaktu dengan nya..InsyaAllah.

Masjid Bukit aman

Mahalo

Thursday, September 20, 2012

Little Suffee's Closet

Aloha

salam sekalian pembaca yang setia dari serata tempat didunia ini. kalau tak pandai baca bahasa malaysia cuba translate guna google or bing transalator.

Booth sale di Kuching Esplanade sempena Sarawak Regatta baru-baru ini.

aku telibat dalam bisness online dan booth sale ni secara tak segaja. bagaimana tu?..ok..bini aku mengadung, aku ngan bini aku nak shoping beli barangan bayi. agak payah gak nak cari barangan bayi kesukaan kita ya. dah la mahal plak tu..lebih2 lagi kat bandar Kuching ni..aduihh...nak beli yang mahal pun bukan nya pakai lama pun, ntah -ntah utk dua tiga kali jer pas tu simpan balit untuk adik nya klak. cari-cari punya cari dapat la idea kita org ni, so kita org start dulu kecil-kecilan, guna Facebook. create satu page Little Suffee's Closet.

pengalaman aku yang baru mula menceburi perniagaan secara on line dan Booth sales memang la mencabar. mana tak nya, kenak jawab yang tu yang ni, betul ke tidak bisness ni..barang ada kualiti dak..mcm2 member tanya..masa tu jugak aku cuma add member yang aku kenal jer..tau la kan..kkadang kawan kita ni..lagi banyak komplen dari menolong nya..hehe.. mula-mula memang goyang skit, sebab memang payah nak kluar kan modal untuk beli semua barang, nasib baik kakak ipar aku memang dah menceburi bidang ni lama, so dia tahu kat mana nak dapatkan barangan jualan.

sekarang dah 4 bulan syarikat aku beroperasi, Alhamdullilah, ada gak hasil nya..kekadang boleh mencecah hampir RM2k sehari..aku pun byk beterima kasih ngan bini aku, sebab banyak besusah payah walaupun dalam keadaan dia yang bebadan dua..hehe..tenaga aku la yang byk keluar kan..kalau kita berniaga di luar atau booth sale.. aku sorg yang pasang kenopi tu..angkat kotak dan sebagai nya..pasal set up pulak or hias menghias ni ..aku serahkan pada dia..sentuhan aku kurang menjadi..

kalau korang nak tengok apa yang aku jual lawati la facebook kami di Little Suffe's Closet.
barangan dan harga di jamin berpatutan dan berkualiti.

Mahalo

Thursday, September 13, 2012

Kerana Mulut Badan binasa - Mohd Yusri Hidrus

aloha dan salam,

gambar ni di copy and paste dari sumber lain. 

 Camner lar dia boleh keluarkan kenyataan begitu. Ada ker dia buat research terlebih dulu?..umm..Tapi yang menarik perhatian aku untuk membuat pandangan sendiri ialah yang pertama dan kedua tu.

1> Peruntukan hendaklah dilebihkan kepada semenanjung kerana pusat pentadbiran Malaysia berada di tanah Semenanjung.

Umm..memang betu la kan. Sekarang, kalao kerajaan Sarawak nak buat apa-apa, buat jalan ka, nak bina Bangunan ka, Jambatan ka, minta Bonus kena mintak ngan kerajaan persekutuan yang berada di seberang sinun. Sarawak minta peruntukan dulu, tak juga juga dia guna semua duit perolehahan dari hasil gas dan Balak. Semua Hasil jualan g kat sinun dolok. Pas ya 5% diberik ngan Sarawak gomen. Memang camtula kan..

Yang kedua.

2> 5% Royalti minyak itu lebih baik untuk Sabah Sarawak daripada tiada langsung diberikan oleh kerajaan Persekutuan.

Yang ni la aku tak berapa paham sangat. Hasil minyak yang diambil dari Sabah Sarawak tapi royalti 5% jer ka? Tapi minyak tu dihasilkan di Bumi Sarawak dan Sabah. Kenapa tak pulak dia tinggal kan untuk org borneo erk.ni yang pelik…oo baru aku paham.. semua hasil mesti di berikan lepada mereka yang berada d seberang sinun, sebab org sane yang In charge, Org borneo tak boleh simpan. Nanti kat sana tak maju. Tak boleh ka org Borneo yang pegang 95% pas tu 5% bagi Semenanjung? Pas tu kalo S’jung tak cukup duit nanti borneo bagila kan. Kita pun boleh mintak kebenaran dari sana. S’jung pulak tak kan tak boleh mintak duit dari sitok. Apa yang dihasilkan di Bumi Borneo mesti tnggal di Bumi Borneo, Kan lebih harmoni cam tu. Org borneo kan baik hati. Kalo s’jung mintak..mesti org Borneo bagi.

Sekarang ko punya debat tu memang jadi Isu hangat sekarang ni. Seperti perpatah yang bebunyi “kerana mulut badan binasa”. Aku arap la kwu tuk akan dapat membuat sebanyak munkin kajian sebelum mengeluarkan kata2 dan Agar kwu lebih sensitive dengan isu semasa. Kan skarang ni tengah sibok dengan PRU 13. Isu ni telah dipolitik kan..kan..kan..

Aku pun banyak member Semananjung laa..aduii..kwu tuk jwak eh..molah spoil jak hubungan mek orang lak.

Mahalo

Saturday, September 8, 2012

Tahun pertama Raya sebagai suami

Aloha,

Salam Semua pembaca sekalian alam.

yang ni pulak aku nak share sikit pengalaman aku beraya sebagai seorang suami..aku pun bukannya muda sangat pun, dah jodoh ditangan tuhan..lewat pun tetap menjadi seorang suami yang mancho lagi begaya..hehe..masih kuat lagi...haha..isteri aku muda lebih kurang 10 tahun..tapi pemikiran umm..laki kan matang pada lewat 30an..kan.kan..tanya diri sendiri arr..hehe..tapi Alhamdulilah, aku beruntung memperisterikan dia..banyak mengajar aku erti sebenar kehidupan.

Tahun ni aku beraya di kampung halaman kami berdua, kami berasal dari bandar yang sama iaitu dari Sibu. sekali lagi, dah jodoh kan. memang lebih bermakna beraya sebagai seorang suami kalo berbanding masa single dulu. lagi pun bukan kami berdua jer, yang sorang tu masih dalam perut umi nya, insyaAllah, due nya nanti bulan November. tahun depan bertiga la plak, dan tahun pertama Raya sebagai Ayahda pulak..hehe.

Disini aku ingin (sempat lagi ni, masih Syawal..hehe..;)) mengucapkan Selamat Hari Raya aidilfitri Maaf Zahir Batin.

Mahalo

Friday, September 7, 2012

Kehilangan ku Canon EOS40D


Salam dan Aloha ..

Apa kabar pembaca sekalian alam..hehe..aku rasa aku cakap ngan diri aku sendiri ni..hehe..tapi tak per janji happy..ok sini aku lama dah tak masuk blog aku..umm..malas gak la..ada citer nak aku tulis kat sini tapi ntah la kan..bila kita buka internet jer mesti gi ke arah lain..terutama nya facebook..tapi aku bukan suka ubah status aku tapi aku suka baca new ke..status orag ka..dan links yang kkwan masuk kt kedalam timeline diorang..

ok..beraleh kat aku nye citer..sebenar aku nak cakap yang DSLR aku canon EOS 40D kena kebas oleh muka pecah rumah..tu yang frust..punyala aku sayang kt dslr aku tu..mcm ne pun aku mesti dpt kan 1 yang model sebijik sama ngn yang tu..

mcm citer dia..aku ngn bini aku ada buat online store..biase la kan..byk on9 store skarang ni..lebih mudah dan senang dan easy..aku tukang ambik gbr produk dia..jual barangan baju Baby..so..aku buat la mini studio kt bilik adik aku yang kt sebelah..adik aku kerj akat luar tak tinggal rumah tu dah..dipendek kan crite..aku penat biarla dslr tu lam bilik..atas Tripod plak tu..aku cabut jer Memory card(compact flash or CF card). pas upload aku pun ttido..

pagi aku bangun utk solat subuh..aku tengok lam bilik..dslr tu takde..tp masa tu aku tgh mamai gak..umm..aku ingat aku dah release kan dslr tu dari tripod dia dan simpan tempat lain..so aku sambung tido balik..tdo ayam jer..sebab kena bangun antar bini aku kerja..bila bagi pagi stersnya..pas aku antar bini aku keja..aku pun periksa..aduuiiiii..memamng comfirm dslr aku ilang..di kuat kan lgi dengan bukti yang mak aku jumpa kt blakang rumah aku tu ..tingkap dapur di buka..umm..memang frust abis aarr..

laporan dah dibuat..tapi ..biase la kan..yang ilang sampe harta sejumlah RM40k pun tak solve solve inikan pulak kes yang RN5k lebih..hehe..

Kesayangan ku, model lama tapi friendly, quality jpeg pun memuaskan.
mahalo