Thursday, November 29, 2012

NOVEMBER

Salam
Aloha

Dah nak abis bulan November kan..pejam celik..pejam celik..dah Nak Masuk DISEMBER..tukar tahun baru..azam baru..kereta baruu..bini punn...opssss...bini maintain ler..sayang kat ummie..hehe..kat Raneeya lagi la..

Bulan Nov ni aku agak dipress sikit ngan kerja aku ..mana tak nya..banyak gila taik kena cuci..maksud aku kat opis ler..taik tu masalah la..sebagai Customer service ni memang agak mencabar..kena layan kerenah customer ler..bermacam ragam bereka jenis perangai yang kita jumpe..walaupun kat cawangan aku kurang customer yang datang..ada la jugak kan..kan..huhu..Taik nya pulak datang bila dah 2 3 bulan teperok kat celah timbunan fail-fail..bila dikeluarkan..aduuishhhh..busuknya..mak oiii...mengalahkan bangkai dinasor..

Tapi begitulah adat kerja kan..mana -mana tempat kerja mesti ada taik..taik yang melekat kan badan rakan sekerja pun ada kan..alaa..yang busuk ati ler...hehe..dia orang kan suka menjadi hero kat opis..kann..kan..abis la blakang kita dia tikam, dia tembak..dia sapu ngan taik..haha...tu la kekadang kita ni pulak yang menjadi taik dimata kekawan kita di opis sinun. tapi jangan la kita pulak yang menjadi orang tua pencacai taik..biar dia sapu taik kt kita..kita cube elakan dengan buat kerja sepenuh hati..cume tu..kene lah jugak behati-hati ya.. dah sebagai manusia kan..hati kita ni pun agak kotor jugak..mesti nak marah kan org lain..hehe..

Sebagai manusia biasa ni, adalah lebih baik kita mendekatkan diri kita dengan Allah swt sekiranya banyak masalah dan dugaan kerja yang dihadapi oleh kita. berdoalah agar segalanya dipermudahkan dan dijauhi perkara yang tidak diingini. Amin

Wasalam
mahalo

Penipuan Kredit Kad

Salam
aloha

Semalam aku dapat pangilan Credit card Scam dari Seorang yang menperkenalkan diri nya Sebagai debt collector yang mewakili pihak bank Affin Credit card.

tut tut tut (aku nye ring tone)..No. Appear 03-20559000..around 1042am..(28 Nov 12)

Aku: Hello

Son of the Bitch (SOB) : hello, selamat pagi, boleh saya bercakap sama en suffian.

aku: ya, saya bercakap

SOB: nama saya Terry Chin dari Affin bank credit card, en telah menpunyai utang sama affin bank credit card. en. dikehendaki menbayar wang itu (plat cina pasar).

Aku: huh??? gua mana ada apply credit card sama itu Affin bank. saving akaun pun tada oo..(pun ikut plat cina doh)

SOB: tapi saya ada menyimpan rekod transaction en...(tak sempat sambung, aku terus menyampok)

Aku: helloooooo(sora agak tinggi) ..gua mana ada utang sama itu Affin bank..(cut off oleh dia)

SOB: ..u listen to me first..biar saya cakap abis dulu..

Aku: ok..(aku pun mula syak..sebab customer bank lebih sound more profesional..yang ni lebih rude..)

SOB: en telah mengunakan CC ini pada bulan March 2012..saya sebut semua detail en. nama en..bla...bla...bla..bukan...

Aku: betui...

SOB: en punya Mykad ..bla..bla..bla..bla..bla.. bukan...

Aku: errr...betui..

SOB: alamat encik di..bla..bla..bla..bla..cheras bukan..??

Aku: ..aiyooo...itu buka gua punya address oooo..gua duduk di Kuching slawak laaa...

SOB: huh..itu macam ka..saya pun tidak tahu itu hal..saya cuma buat duty saya..my supervisor ask me to call u..

Aku: huh??..kalau itu macam..lu fax ka ..lu email itu CC statement sama gua..gua tengok dulu..selepas itu gua tepon sama lu..

SOB: itu statement with me now..i not sure whether you telling the truth that you never apply credit card with affin bank before..(speaking la pulak..)..because what i know is we have everydetail of your credit card...are sure you never apply with us before..?

Aku: mana ada oooo..

SOB: like that ar..?..(dia pun mula belakon mengambil berat..)..if like that ar..u can report this matter to Bank negara lorr..i give you their phone number..you need to call them imerdiately ooo..nanti you susah mau bayar ini utang..

Aku: brapa itu statement gua utang samal Affin bank ar??..

SOB: interest tinggi oo..skalang ar..sudah RM5700 oo..

Aku: waaaaa.....gua mana ada wang mau bayar laa...

SOB: you call this number..bla..bla..bla..(i cant recall that number as i pretend to write down the no..hehehe)

Aku: nanti gua call..nanti gua call lu ballit..( aku terus hangup call dan terus ke Bank negara sebab malas nak dengar dia meneruskan niat nya..)

jangan call no. yang diberi oleh si penyanggak tu..nanti kuncu-kuncu dia juga yang jadi pegawai bank negara tu..baik letak jer terus.. sebab mereka meminta butiran peribadi kononnya mereka akan membuat refund dan meyuruh anda memberi bank akaun dan sebagainya..

ssesampai aku ditingkat 1 Bank Negara cawangan Kuching..aku pun printout Bank negara nye statement..tadok rekod transaction with Affin bank..aku g Affin bank cawangan Kuching..pun tadok rekod..memang aku dah agak..CS affin bank siap mintak maap kat aku ..pas tu terus aku g balai Polis buat report ni untuk menjadi bahan rujukan sekiranya belaku apa2 yang tidak diingini..

Wasalam
Mahalo..

Thursday, November 22, 2012

Pelik Sekali

Gambar kelakar daripada seluruh dunia

Kne Tsunami ka apa ni?

Stelite man

ops..

munkin terlupanak turun kan ..

wipeout
kantoi

kepala bola

Drypers Vs Huggies (New Born 3-5kg)

Salam
Aloha

kita orang pakai Huggies dulu sebab masa baru lahir, kat hospital tak jual brand lain. Ummie suruh beli. aku mana tahu pasal brand diapers ni. mana-mana aku nampak aku sambar jer. mula umie pun tak sure nak pakai ker tak. tapi tak banyak pilihan kan, kena kluar dari hospital. tak mau la..dah susah nak cari parking..jauh plak tu. nak tak nak..aku suh dia pasang kan jer kat Baby Raneeya (masa tu Raneeya berumur sehari. sebab nak discharge). dh pakai ..Raneeya selesa ngan Huggies...hehe..umie pun senyap..lemah lagi kot nak komplain..sebab umie prefer brand Mamapoko.

Apa yang aku suka pasal Huggies ni, bila diaper dia penuh, Bintang pada mula nya berwarna kuning akan betukar biru. tak yah nak selok ngan tgn. pas tu baby Raneeya pun selesa ngan Huggies. so kita orang pun stick ngan Huggies la.

Baby Raneeya ni kuat gak kencing n Berak dia. atau pada mula nya aku nagn Ummie tak brapa tahu mcm mana nak Jimat. basah sikit jer..atau da kuning sikit jer terus tukar. tak heran 24 pcs tu 5 hari jer habis. 32pcs semggu habis.

pas tu Ummie nak try plak brand Drypers ni. nak tahu kenapa.sebab ada promosi dapat Tuala baby yang kaler purpple tu. aku memang tak suka sangat nak tukar brand ni. tapi ikut suka dia la. aku layan la Drypers tu.


mula-mula pakai, bocorrr ..sekali ngan bantal dia penuh nagn taik..hehe..tapi jgn salah kan drypers tu..salah kan daddy dia yang tersilap nak pasang ..hehe..aku jugak...

Sebenarnya Drypers ni pun bagus gak. memnag kering Raneeya dah kecing 3 kali pun , dia ok gak. tapi kene cek jugak. pernah sekali tu..dia senyap jer.. Ummie tanya kat aku..diapers dia dah tukar ke?..sampei 6 jam tak chek lagi diaper tu..cek punya cek..taik dah kering kat dlm tu..punya la marah ummie kat aku..tengok tu..akuuuu jugaaakk kena..

Mula-mula dulu aku ambik 10 min nak tukar Diaper dia..sekarang dah terer sikit..5 min jer siaaappp..
hehe...hehe..

Wasalam
Mahalo

Wednesday, November 21, 2012

Lutein


Lutein (disebut LOO-TEEN(remaja)) adalah karotenoid, bermakna pewarna asli atau pigmen, yang ditemui dalam sayur-sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam, ditambah dengan pelbagai buah-buahan dan jagung. Kuning telur juga adalah sumber lutein.

Lutein menyediakan penjagaan kepada mata dan kulit kita iaitu organ luaran yang terdedah terus kepada persekitaran luar. Lutein telah dikaitkan untuk menggalakkan mata yang sihat melalui mengurangkan risiko degenerasi makula. Kajian lain mencadangkan bahawa campuran nutrien, termasuk lutein, boleh menyediakan kapasiti antioksidan tambahan kepada kulit, membantu mengatasi 1 radikal bebas.
Mengapa Lutein penting dalam diet kita? Ringkasnya, Lutein adalah antioksidan yang muncul untuk menghilangkan atau mengurangkan radikal bebas yang berbahaya di pelbagai bahagian badan.Radikal bebas boleh memainkan peranan dalam pelbagai penyakit kronik.

Sayangi mata anda.
Lutein juga menapis tinggi tenaga gelombang biru cahaya daripada spektrum cahaya yang kelihatan oleh cahaya sebanyak 90% 0,2 Blue, di lampu kedua-dua dalaman dan cahaya matahari, dipercayai untuk mendorong tekanan oksidatif dan kerosakan radikal bebas yang mungkin dalam manusia organ-organ yang terdedah kepada cahaya, seperti mata dan kulit. Cahaya biru tidak sama seperti ultraungu yang dikenali sebagai gelombang A dan B ultraungu spektrum tidak kelihatan.

Kiwi fruit dan anggur hijau juga
dikatakan kaya dgn Lutein


Berapa banyak lutein yang kita perlukan? Kajian menunjukkan minimum 6-10 mg setiap hari lutein daripada sayur-sayuran berdaun hijau dan sumber-sumber lain adalah perlu untuk merealisasikan manfaat kesihatan Lutein. Malah jika anda makan makanan seimbang, anda akan memerlukan semangkuk besar bayam segar untuk mendapatkan kira-kira 6 mg lutein. Lutein boleh didapati dengan meluas dalam pelbagai pemakanan tambahan dan makanan diperkuat dan minuman bagi orang-orang yang mahu menambah pengambilan makanan mereka lutein, menjadikan diet mereka lebih baik untuk mata dan kulit.

Ini adalah sedikit maklumat mengenai Lutein.



Tuesday, November 20, 2012

Demi Kemanusiaan

Salam
Aloha



Baitul Maqdis
 
Banyak jugak blog aku buat bulan ni erk..al maklum lah sekarang ni tengah free lagi. kat off tak banyak sangat pun kerja aku nak buat. aku sekarang banyak membaca kisah-kisah Nabi. aku dah baca kisah dua Nabi a.s iaitu Isa dan Sulaiman. mengapa dua Nabi ni ek? aku pun tetiba macam nak baca kisah Nabi Sulaiman a.s tu. mungkin disebabkan pergolakan yang tengah berlaku di Gaza sekarang ni. membuat aku tefikir mengapa begitu sekali rejim Zionis ini begitu bersungguh-sungguh untuk mengambil Tanah bumi Plastine ni.. 



King Solomon Temple

   Seperti yang anda maklum semua, BaitulMaqdis ini adalah kiblat pertama orang islam dan bagi Yahudi pulak, mereka percaya tedapat Istana Nabi Sulaiman a.s dia bawah tanah bumi Plastine ni. jadi secara am, kononnya, orang Yahudi pun mengaku bahawa Bumi plastine adalah bumi yang suci dan menyimpan banyak Rahsia mereka, itu lah yang mereka dakwa kan. ada agenda lain disebalik semua dakwaan itu. setela membaca kisah Nabi Sulaiman a.s, aku boleh mengagak mereka sememangnya taksub dan gilakan Kuasa, kebendaan dan kemampuan yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman a.s atau king Solomon yang dikurniakan Allah SWT dengan kebolehan luarbiasa itu.. Nabi Sulaiman a.s mampu untuk mengawal dan berintaraksi dengan semua mahluk Allah dimuka bumi ini termasuk Binatang dan Jin. beliau mampu mengeluarkan arahan untuk mengeluarkan segala isi perut bumi seperti Minyak, Perak, Permata, Emas dan sebagainya. jadi tak hairanlah si banggang Yahudi tu pun percaya yang Nabi Sulaiman a.s ada membina Istana di bawah Bumi Plastine ini.

Nabi Isa a.s dilahirkan ditengah tanah Yahudi iaitu di Bethlahem. Tempat baginda lahir sekarang berada di dalam sebuah gereja iaitu Church of Nativity. Ketika Saidina Umar r.a di ajak melawat Bethlahem, baginda di ajak masuk ke dalam Church of Nativity ini. Pada ketika itu masuk waktu solat. Beliau dijemput untuk solat di dalam gereja tetapi beliau menolaknya. Beliau sembahyang di luar gereja. Tempat di mana beliau sembahyang di dirikan sebuah masjid dinamkan sebagai masjid Umar.Yahudi memang tidak mengitirafkan Nabi Isa a.s sehingga salah sorang pengikutnya sanggup mengkhianati beliau. beliau telah dibunuh oleh yahudi dengan menyalibnya, tapi itu apa yang dipecayai sesetengah . namum Al-Quran menjelaskan bahawa Nabi Isa a.s diangkat oleh nya ke langit seperti dalam firmannya.

"(Ingatlah) ketika Allah berfirman: ' sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir." (QS. Ali 'Imran: 55)

Kid with Plastine Flag-Jihad
Namum, apa yang menyedihkan kita semua ialah bila rejim Zionis membuat serangan yang terang-terang terhadap bumi Allah Plastine. Dunia hanya mampu melihat , tidak mampu berbuat apa-apa, ada yang ingin membantu tapi tidak kesampaian. Amerika Syrikat kuasa besar hanya memandang dengan sebelah mata. sebab Israel adalah sekutu kuat mereka.cuba lupakan berkenaan Agama, bukan kerana Agama, cuba hentikan segala keganasan itu demi kemanusiaan, setiap hari ayah kehilangan anak, adik kehilangan kakak, mak kehilangan anak, isteri kehilangan Suami. memang begitulah setiap hari yang kita baca atau dengar dikaca TV yang sememangnya menyayat hati kita semua.
Untuk Rakyat Plastine, Betahanlah anda semua, masih ada penduduk Dunia yang bersimpati dengan anda semua. insyaAllah, masih ada pertolongan serta doa dari sebahagian penduduk dunia sekarang ini tidak kira daripada Tuhan apa yang mereka sembah, semua ini adalah kerana Sifat Kemanusiaan.. Amin
.



Kehidupan sebagai Daddy

Salam
Aloha

Orang Dewasa cume memerlukan 6 jam untuk tido, baby at least 12 jam untuk membantu proses pembesaran. aku pun bukan nya tido sangat sekarang ni. dah jadi routine setiap malam. setiap jam akan dibangun kan. nak tukar lampin. bagi dia minum  susu. tapi part minum susu tu serah kan kat ummie, sebab dia breast feeding. pas tu nak bercerita sikit dengan dia, sekarang pun hampir setiap malam aku akan tidor kan Raneeya dengan crita aku sendiri, fairy tales, citer ntah pa ntah, citer politk pun aku masukan..hahaha...

Semalam aku citerkan kat Raneeya ngan citer yang lebih bermakna, sambil mendengar surah Yusof dibaca melalui audio aku plak terjemahkan dia dlm bahasa malaysia, Raneeya memang layan. setengah jam aku menterjemahkan nya, baru mata dia kuyu ala ala manja baby girl..tak leh  nak lupa muka dia ..memang cute sangat.

kalau dia marah juga, aku akan pasangkan Surah Mariam. aku tau mariam adalah kesukaanya sebab masa dia dlm Rahim pun dia dah aku perdengarkan Mariam. aku juga tetarik dengan Kisah Nabi Sulaiman yang dikurniakan Allah dengan kebolehan yang amat luarbiasa,. beliau Boleh bercakap, mengarah dan mendengar apa yang Binatang, Jin termasuk Malaikat berkata-kata. yang ni aku akan cuba cari dalam surah an-Naml yang Bermaksud Semut.

Bangun subuh dan selepas tu cuci terus pakaian dia dan baju aku sekali. baju baby aku cuci ngan tangan pas tu baru masukan baju akau ngan Ummie dlm washing machine. sebelum turun kerja aku aka sediakan air panas untuk mandikan raneeya. memang seronok jugak tengok dia beremdam dlm air Suam. hehe..pas tu baru aku akan siapkan aku sendiri. nasib baik juga off aku open kul 1030am. dapat gak aku buat semua ni ya.

begitulah routine kehidupan aku sebagai seorang Daddy now. ;)

Wasalam
Mahalo

Saturday, November 17, 2012

Rides untuk Raneeya

Salam
Aloha


SCR5 digabung kan dengan SCR7 Car seat

Tidak lama lagi Raneeya akan mencapai usia sebulan, dan Ummie akan habis berpantang tidak lama juga.ok..umm..masa ni mesti nak bawa Raneeya pg jalan kat sekitar bandar. sebelum tu nak cari Rides untk dia. mari kita survey dulu k.

SCR7 Car Seat

Aku memang minat barangan Malaysia ni. harga berpatutan dan design pun ok. Stroller SCR6 berharga RM470 dan Car seat SCR7 RM237. boleh dicamtukan mengunakan adapter. design dia ni memang menarik dan nampak begitu tough..hehe..ala..Baby mana tahu pasal ni sumua bang..hehe..begitulah Ummie membuat comment bila aku nak ambik SCR6 ni..sbenarnya aku nak beli dah Stroller ni tapi Ummie tak bagi lagi sebab dia nak aku beli katil dulu.

 Pas tu minat juga ngan brand Oversea, Halford Zuzz design hampir sama jer. harga pun boleh tahan..umm..lam RM1180..mcm mane ni..Umie kata dia serahkan semua pilihan kat aku, nak pilih mana2 pun tak aper..hehehe..


I'COO ni aku tak pasti mana mari..hrga dlm RM 4 k .


Yang ni plak Brand Quinny, pergh design dia memang ganas babe..hehe..harga dalam linkungan RM 2-3k.

JEEP ni aku pernah nampak kat Toy R uS. boleh tahan jugak..hehe..

 



Yang dari Japan..Musty Ride

ok lah..aku rasa banyak lagi stroller yang menarik..sbenarnya kawan Umie dah beli kan untuk Raneeya..aku dah rancang Stroller mana aku nak..tapi takper la..Rezeki Raneeya jugak orang hadiah kan kat dia..tp aku tak pasti design mana satu.

Wasalam
Mahalo





Friday, November 16, 2012

Puteri Ku Raneeya Insyirah

Salam

Aloha

hari Petama, slepas beberapa jam dilahirkan.
Memang gembira bila dapat cahaya mata, lebih-lebih lagi puteri yang pertama. aku pun dapat cahaya mata Oktober lepas, sehari sebelum beday aku. memang rare kan. tapi sebenarnya due date ialah 17 November 2012 ni. aku ngan ummi sebelom kelahiran dia selalu gak cakap ngn dia supaya sabar untuk meliat dunia ni..hehe..boleh ka buat camtu..haha..aku pun risau gak sebab takut pre-mature birth. tapi semua tu ketentuan illahi. Raneeya Insyirah binti Suffian, puteri kesayangan ku kini telah selamat dilahirkan ke dunia, dan sekarang umor dah mencecah 25 hari.Alhamdullilah.


Raneeya pernah disahkan menghidap Penyakit Kuning atau Prolong Jaudice. memang pada mulanya bila doktor memberitahu kita Raneeya menghidap Kuning, hati memang nervouse, penik tak tentu pasal. Ummie lagi la..trus menangis depan doktor. siap doktor tu pujuk dia. pujuk punya pujuk akhir nya ummie pun Off and on air mata dia kluar.sian aku tengok dia. Ibu mata tak sedih bila dapat tahu baby dia ada masalah kan?
dibawah Bluelight ketika kuning sampe 21mg
Raneeya ditahan di wad selama 2 hari i Hospital umum kuching. hari pertama kuning dia tak turun hingga memaksa doktor memasukan air. semasa doktor menyutik dia, kami bedua menunggu diluar, Jeritan Raneeya kedegaran diluar bilik. air mata aku meleleh sikit. ummie menangis sampe bengkak matanya.
namun Raneeya Seorng baby yang berani dan dia ialah seorang yang kuat. Hari kedua Kuning dah turun. dan dibenarkan balik hari brikut nya. seminngu lepas tu. checkup di Klinik. kuning nya mula naik semula, bermacam iktibar telah dia buat temasuk Sun bathing diantara pukul 8-9 pagi.sesuai kerana tidak telalu panas.
dua hari kemudian Doktor mengesahkan Kuning dah turun lagi. Breast Feeding lah paling banyak membantu dalam hal ini. Unnie telah mengamalkan makan anggur hijau dan sekarang dia juga mengamalkan minum air Teh Herbal produk TANAMERA.
Sekarang kuning Raneeya telah pun turun ke tahad 8.4 mg. Alhamdullilah.Raneeya memang seorang yang kuat dan aku bangga terhadap Raneeya. tidak memerlukan bantuan Ubat antibiotik atau sebagainya utk mengurangkan kuning nya itu. namum doa yang tak putus-putus aku kepada Tuhan yang maha esa juga diperkenan. Subhanallah.
21Days
sekarang Raneeya tidak mudah mengatuk sebelom menghidap Kuning nya tinggi dan Raneeya breast feeding setiap jam. dan akan bangun paa jam 3am 4 am dan 5am..berat badan nya makin bertambah dan kerap membuang airbesar..salah satu pertanda yang baik untuk memulihkan kuning nya itu.dan aku tidak memerlukan Alarm utk bagun menunaikan fardhu subuh,,hehe,, pas subuh boleh terus layan kerenahnya yang comel.

Wasalam
mahalo.