Wednesday, July 24, 2013

Papiss Cisse seorang muslim


Papiss Cisse menarik diri dari jelajah pramusim Newcastle United di Portugal selepas enggan memakai jersi dengan logo penaja kelab, Wonga, atas dasar agama, menurut laporan penyiaran BBC Rabu lepas.Penyerang antarabangsa Senegal, seorang Muslim, memberitahu pegawai kelab di mana beliau tidak mahu mempromosikan Wonga, sebuah firma yang menawarkan pinjaman jangka pendek dengan faedah tinggi.Undang-undang Islam melarang meminjam atau membayar wang dengan faedah. Bagaimanapun, pemain berusia 28 tahun itu ada menawarkan diri untuk memakai jersi tanpa logo atau memaparkan logo amal. Pasukan l a i n berkompromi dengan pemain beragama Islam, dengan pemain kriket Afrika Selatan, Hashim Amla dibenarkan memakai jersi tanpa logo penaja pasukan, Castle Lager kerana Islam melarang umatnya meminum arak.

BBC memetik sumber berkata keengganan Cisse memakai jersi dengan logo penaja telah menyebabkan beliau mempunyai perhubungan ‘yang dingin’ dengan kelab. Rakan sepasukan Cisse, Cheick Tiote dan Moussa Sissoko, yang juga beragama Islam tetapi memberitahu kelab di mana mereka tidak mempunyai masalah memakai jersi kelab dengan logo penaja.Bercakap pada bulan Jun, timbalan ketua eksekutif Persatuan Pemain Profesional (PFA) England, Bobby Barnes memberitahu BBC Sport: “Kami menyedari kelab perlu menghasilkan pendapatan dan kadang-kadang menggunakan pelbagai jenis syarikat.

“Bagaimanapun, jika seseorang merasakan sangat tidak selesa mengikut fahaman agama mereka, maka perlu ada satu penyelesaian dicapai.

” Cisse menyertai Newcastle pada Januari 2012 dan menjaringkan 26 gol dalam semua pertandingan.

sumber: http://www.telegraph.co.uk/sport/football/teams/newcastle-united/10186395/Papiss-Cisse-refuses-to-join-Newcastle-United-squad-on-pre-season-tour-as-row-over-sponsor-Wonga-continues.html

22 Julai1963 Tarikh keramat Sarawak


Presiden Yayasan Warisan Borneo (BHF) Datuk Dr Jeffery G Kitingan bangga dengan langkah berani kerajaan Sarawak mengadakan sambutan bagi memperingati hari kemederkaan Sarawak daripada jajahan British.

Meskipun langkah tersebut agak terlewat, namun menurut beliau ia lebih baik daripada tidak diraikan langsung.

“Memang benar Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mungkin ada kelemahan, tetapi beliau melakukan yang terbaik dalam melindungi hak-hak Sarawak.

“Dengan meraikan Hari Sarawak Merdeka, ia adalah langkah berani dan saya mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri atas usaha ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Hari Sarawak Merdeka di sebuah hotel di sini semalam.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar tarikh 22 Julai akan diumumkan ” “ Datuk Dr Jeffery G Kitingan Presiden BHF sebagai cuti umum oleh Kerajaan Sarawak dan tidak menjadikan sambutan khas hari ini sebagai acara sekali sahaja.

“Kami tidak mahu acara esok (hari ini) diadakan sekali sahaja setiap 50 tahun.

Ia perlu diraikan setiap tahun dan semua rakyat harus tahu makna sambutan ini,” katanya.

Menyentuh mengenai kesedaran di kalangan rakyat Sarawak mengenai erti 22 Julai, pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Cabang Sabah ini berkata ia semakin menggalakkan dan berharap ia akan dimasukkan dalam subjek Sejarah di sekolah.

“Saya fikir ia harus diajar di sekolah. Kenapa kita harus menyembunyikan maklumat ini?” soalnya.

Beliau dalam pada itu turut berharap Sarawak tidak akan mengulangi kesilapan yang dibuat oleh Sabah dengan membenarkan parti Semenanjung Malaysia memasuki negeri mereka dan mengambil alih kerajaan.

Read more: http://www.theborneopost.com/2013/07/22/swak-dipuji-ingati-merdeka/#ixzz2Zvdt0VmS