Wednesday, August 19, 2015

Al Fatihah untuk Ibunda

Gambar keluarga memang penting untuk diambil pada setiap tahun perayaan. Tahun ni keluarga aku juga telah pun berkumpul untuk bergambar namun suasananya kurang cahaya apabila ibu sudah tiada lagi untuk bersama menyambut lembaran kali ini. Ibu telah pun pergi menemui perciptanya. Permergian ibu amat terasa oleh kami semua terutamanya adik bungsu saya. Dia masih lagi terkejut dengan kehilangan ibu. Maklumlah anak bungsu yang paling manja dan begitu rapat hubungan mereka. Raya pun tidak disambut seperti tahun sebelum nya. Namum tetap diteruskan dengan suasana yang agak suram. Memang benarlah kata orang, ibu lah intan permata kita, penerang segala kegelapan dan kesukaran. Aku sendiri masih terlalu merindui ibu.

Perpindahan tempat kerja dari KL ke Kuching pada tahu 2011 memang telah merapatkan aku dengan ibu yg sebelum ini kami cuma berhubung melalui Handphone selama 15 tahun duduk di seberang sana. Sempat aku hidup bersamanya selama 4 tahun bersama keluarga ku. Pada tahun 2015 juga merapatkan kami berdua apabila saya mengambil keputusan berhenti kerja untuk menjadi seorang usahawan online pada bulan April. Aku telah dapat menemani ibu ke klinik untuk rawatan kecing manis serta darah tinggi yang dihadapi oleh ibu. Aku juga akan membawa Anakku Rania Insyirah bersama ketika itu. Dapat juga menghiburkan hati ibu. Pada masa itu ibu belum telalu sakit, masih dapat bejalan tanpa mahu di bantu. Pernah ketika turun dari flight di airport Kuching, dia enggan menggunakan kerusi roda walaupun telah di minta oleh saya. Dia lebih sanggup berjalan dlm terminal kuching yg sejauh kira kira 1km itu. Agak marah juga saya masa itu. Saya kesian melihat nya bejalan terincut incut. Ibu tetap bedegil kerana tidak mahu menyusahkan orang lain. Pada masa hidup nya juga, dia selalu menolong ramai orang, sehingga dia meninggal masih dapat lagi membantu orang. Ketika itu adalah seorang bayi kecil yang berumur lebih 3-6 bulan yang telah meninggal. Ayahnya seorang mualaf, keluarga nya tidak tahu begaimana nak menguruskan jezayah bayi dia. Namun semua nya kehendak Allah apabila saya yang menguruskan jenazah ibu untuk dibawa ke masjid untuk dimandikan. Dengan ambulan yang telah disewa jenazah bayi telah dibawa bersama. Dimandikan bersama dengan jenazah ibu. Segala urusan menguruskan bayi itu telah disempurnakan namun agak terkilan kerana jenazah bayi itu tak dibernakan disemadikan bersama kerana mesti di tanam di liang lahad yang berbeza. Kalau tidak alangkah indahnya kerana ibu akan ditemani oleh penghuni tetap syurga.

Sekarang sudah sebulan ibu meninggalkan kami semua. Aku masih lagi bermimpikan ibu. Aku telalu menrindui nya seperti seorang anak kecil. Kuburnya selalu ku lawati, hampir setiap minggu dan aku akan mula menbaca surah yassin. Agar roh ibu akan dikumpulkan bersama orang yang bertaqwa dan beriman. Amin.

Al fatihah untuk ibu tercinta

Sunday, August 16, 2015

Playground

Masa saya kecik dulu memang takde playgroung camni, hampir semua diperbuat dari alam semula jadi. Hah..tu lah. Budak sekarang mana tau dah semua tu. Sebagai baby 70s ni,memang terer buat taman permainan sendiri. Rumah atas pokok, tali tarzan, poko sliding, buaiyan pokok, Semua kita boleh jadikan permainan. Kalo nak dijadikan cerita kampong memng banyaknya alat alat permainan yg diperbuat daripada alam sekitar ni. Itu baru dimana kan recycle.. Hihi.

Sekarang dah takde nya semua tu. Kalau suruh lukis ayam ntah ayam KFC yg dia tahu. hampir setiap minggu saya akan bawa anak ke playground. Tempat favorite ialah di kids paradize dlm Spring shoping mall di kuching sarawak. Kalo kat KL memang la banyaknya tempat camni. Playground ni memang sesuai sangat untuk umor 2 hingga 7 tahun. Keluasan pun agak besar dan pengawasan anak memang dlm padangan jarak 30meter. Sekarang ni saya pun di kids paradise sambil menulis blog sambil saya memerhatikan anak saya. Budak budak pun tak ramai sangat. Dlm 15 orang agaknya. Ada parents yg tinggalkan anak mereka disini dan mereka akan bershoping sakan. Sungguh menyenangkan ibu bapa moden. Lagi pun sekarang bukannya selamat kalo nak tinggalkan anak sorg sorang kt complex ni. Bukan mcm dulu dulu. 

Alat permainannya semua diperbuat daripada plastik dan belapikan foam floor. So tak risau sangat pasal keselamatan namun juga harus diawasi dari masa ke semasa. Para pekerja nampaknya mcm kanak kanak juga. Dan dapat bemain besama kanak kanak yg lain. Saya biarkan anak perempuan bermain sepuasnya hingga dia letih. Pas ni boleh la tengok wayang. Dan dia akan tido dipangkuan umie nya.. 

Seafood Telaga Air

Nang salu jwak kmk keluarga pergi telaga air untuk mkn seafood. Knek nak g sia nang senang sebab jln baru link matang-Semariang dah pun dibuka sejak sebulan yang lepas, mun sik silap dlm bulan posa ari ya, pertama kali makei jln ke telaga air ialah dgn my dad meli ikan. Dolok nang 2 3 mikir nak g telaga air mun makei jln matang. Tapi knek tok nang senang jak.dari sejam dah dpt dikurangkan ke setengah jam pulang balit. Mun mok raound makan angin, makei jalan ya bila air pasang, sbb best skit view. Pas ngn dak kaki pancing kiri kanan jalan. 

Dah sampe sia, mok awal jwak. Mun g ari biasa sekhal sbb x banyak org tapi weekend nang banyak org. Bagi yang cari seafood Halal tanpa was was boleh ke sia. Seratus pratus perniagaan dijalankan oleh bumiputera muslim. Harga nang bebaloi. Bayangkan kmk 6 sekeluarga mkn ketam, udang, asam pedas. Cuma rm105 jak temasuk minuman. Seafood nang fresh sebab tepi sungai. Pas mkn boleh lepak kat esplanade sia. Nang nyaman rasa jiwa dengan angin nya. 

Oklah, tok ajak dolok boleh dikongsi ngan ktk org.