Sunday, August 16, 2015

Playground

Masa saya kecik dulu memang takde playgroung camni, hampir semua diperbuat dari alam semula jadi. Hah..tu lah. Budak sekarang mana tau dah semua tu. Sebagai baby 70s ni,memang terer buat taman permainan sendiri. Rumah atas pokok, tali tarzan, poko sliding, buaiyan pokok, Semua kita boleh jadikan permainan. Kalo nak dijadikan cerita kampong memng banyaknya alat alat permainan yg diperbuat daripada alam sekitar ni. Itu baru dimana kan recycle.. Hihi.

Sekarang dah takde nya semua tu. Kalau suruh lukis ayam ntah ayam KFC yg dia tahu. hampir setiap minggu saya akan bawa anak ke playground. Tempat favorite ialah di kids paradize dlm Spring shoping mall di kuching sarawak. Kalo kat KL memang la banyaknya tempat camni. Playground ni memang sesuai sangat untuk umor 2 hingga 7 tahun. Keluasan pun agak besar dan pengawasan anak memang dlm padangan jarak 30meter. Sekarang ni saya pun di kids paradise sambil menulis blog sambil saya memerhatikan anak saya. Budak budak pun tak ramai sangat. Dlm 15 orang agaknya. Ada parents yg tinggalkan anak mereka disini dan mereka akan bershoping sakan. Sungguh menyenangkan ibu bapa moden. Lagi pun sekarang bukannya selamat kalo nak tinggalkan anak sorg sorang kt complex ni. Bukan mcm dulu dulu. 

Alat permainannya semua diperbuat daripada plastik dan belapikan foam floor. So tak risau sangat pasal keselamatan namun juga harus diawasi dari masa ke semasa. Para pekerja nampaknya mcm kanak kanak juga. Dan dapat bemain besama kanak kanak yg lain. Saya biarkan anak perempuan bermain sepuasnya hingga dia letih. Pas ni boleh la tengok wayang. Dan dia akan tido dipangkuan umie nya.. 

No comments:

Post a Comment